MEDIA BASAH - JENIS CAT AIR

TEKNIK PENGGUNAAN MEDIA BASAH

Credit: Nurul Asyiqin
  • Membuat lakaran awal iaitu proses awal dan sebagai punca idea dan perkembangannya.
  • Memilih objek untuk dilukis
  • Senarai warna dalam cat air


LAKARAN LUKISAN

KAJIAN WARNA









MEDIA BASAH 

  (JENIS CAT AIR)

Dalam blog ini terkandung 4 jenis kaedah

 atau teknik menggunakan Cat Air iaitu:-



BASAH ATAS BASAH
BASAH ATAS KERING
KERING ATAS BASAH
KERING ATAS KERING

Cat air merupakan media yang menggunakan warna yang hanya boleh dicairkan menggunakan air.

Media basah bukan hanya melibatkan cat air sahaja.  Media basah juga melibatkan media yang menggunakan minyak. Selain cat air, cat poster, akrilik dan lain-lain media berasaskan air, media dalam catan juga melibatkan media yang berasaskan minyak seperti cat minyak.


__________________________________________

BAHAN/PERALATAN :

BERUS



WARNA AIR
KERTAS LUKISAN

BEKAS CAT



JENIS WARNA AIR


  • Cat Air Tiub
Cat air tiub ini merupakan cat yang dalam keadaan cecair yang diletakkan dalam tiub yang ditutupi dengan penutup skru. Ini menjadikan cat air lebih mudah diperoleh​
  • ​Kek Warna
Cat ini diletakkan dalam bekas kecil, kebiasaannya berbentuk empat segi yang mengandungi warna khusus dalam keadaan yang kering.
Warna ini diletakkan di dalam bekas dan hanya dibasahkan dengan air setiap kali ia hendak digunakan​.
  • Cat Air Buatan Sendiri
Cat ini digunakan sebelum abad ke-19
Pelukis perlu menumbuk gumpalan pigmen yang keras bersama air di atas batu dan menghancurkannya sehingga mencapai tahap ketekalan yang boleh digunakan


JENIS TEKNIK 


BASAH ATAS BASAH

⟹ Teknik 'basah atas basah' merupakan teknik yang menggunakan berus yang basah (mengandungi banyak air) di atas permukaan kertas lukisan yang juga basah.


Teknik ini ialah satu kaedah yang digunakan untuk diwarnakan pada kawasan yang luas. Sebagai contoh laut atau langit serta pada kawasan yang menggunakan warna lembut.

CARA/KAEDAH:-

  1. Basahkan kertas menggunakan berus
  2. Gunakan berus yang basah pada warna cat 
  3. Kemudian, sapu berus pada permukaan yang basah pada kertas lukisan
  4. Warna akan berselerak/tersebar dengan perlahan
  5. Biarkan cat keing
  6. Menggunakan tisu jika terlebih air di atas permukaan kertas





------------------------------------------------------------------------------


BASAH ATAS KERING

⟹ Teknik 'Basah atas Kering' merupakan teknik yang menggunakan berus yang basah di atas kertas yang kering.

Teknik ini dapat memudahkan untuk mewarna dikawasan yang mempunyai bahagian yang halus atau tajam. Teknik ini digunakan untuk mengawal warna cat. Kertas yang kering juga dapat memudahkan pengguna dari segi pengawalan warna dang ruang.



CARA/KAEDAH:-
  1. Gunakan kertas lukisan yang kering
  2. Gunakan berus ( pelbagai jenis )
  3. Basahkan berus 
  4. Menggunakan dua balang air bersih bagi membersihkan berus selepas digunakan
  5. Menggunakan tisu atau kain untuk mengelap berus supaya warna yang digunakan tidak bercampur
----------------------------------------------------------------------


KERING ATAS KERING

⟹ Teknik 'Kering Atas Basah' merupakan berus yang kering di atas permukaan kertas yang basah.

CARA/ TIPS:-
  1. Berus yang digunakan tidak terlalu basah dan lembap
  2. Permukaan kertas hendaklah basah menggunakan berus 
  • Berus yang digunakan tidak terlalu basah 
  • Warna pada kertas lukisan akan kelihatan kabur
  • Warna pada kertas masih boleh dikawal walaupun warnanya berselerak/berkembang 
  • Teknik ini lebih kepada lukisan kabur

-----------------------------------------------------------------------


KERING ATAS KERING/
BERUS YANG KERING

⟹ Teknik 'Kering Atas Kering' atau berus yang kering iaitu berus yang kering di atas permukaan kertas yang kering.



  • Teknik ini sesuai untuk lukisan yang memerlukan lukisan yang mempunyai tekstur yang kasar seperti permukaan batu serta dapat menghasilkan lukisan nampak bersinar dan berkilau seperti di kawasan laut atau permukaan air.
  • Teknik ini boleh menggunakan pebagai jenis dan saiz berus
  • Warna akan menjadi lebih kasar
  • Memerlukan cat yang banyak
  • Warna tidak akan berkembang/berselerak serta tidak akan pudar

Video linkshttps://www.youtube.com/watch?v=GGrQUlhzPHgSongs:~Jim Yosef-Link [NCS release] https://youtu.be/9iHM6X6uUH8Tobu-Candyland [NCS release] https://youtu.be/EP625xQIGzsAlan Walker-Faded [instrumental] https://youtu.be/Rmtx9slmodw

Hasiil Lukisan


LUKISAN YANG MENGGUNAKAN KEEMPAT-EMPAT TEKNIK CAT AIR



GAMBAR DAN HASIL














Comments

Post a Comment